Skytrex Didik Khalayak Cintakan Alam

Skytex Adventure merupakan destinasi ‘wajib pergi’ buat anda yang mahukan aktiviti mencabar dari alam semulajadi. Mempunyai tiga cawangan menarik iaitu di Langkawi, Melaka dan Sungai Congkak. Skytex Adventure menjanjikan pengalaman yang menarik dengan pelbagai aktiviti lasak dan mencabar kekuatan fizikal juga mental anda dalam suasana riang.

Setiap pengunjung dan kumpulan akan dipantau oleh kakitangan yang profesional serta mesra. Aspek keselamatan sangat diutamakan. Ini penting dalam memastikan segala langkah keselamatan diambil dan pengunjung melakukan segala aktiviti dengan teknik yang betul.

Bagi anda yang mahukan aktiviti rekreasi bersama keluarga, rakan sekerja, mengadakan team building, team bonding atau cabaran menguji ketahanan, team Skytres bersedia menguruskan program anda dengan baik dan menarik.

Terkini Skytrex Adventure juga telah menawarkan satu lagi pakej menarik iaitu Skycamp. Sebuah aktiviti perkhemahan glamor dengan prasarana lengkap dan indah tersedia untuk anda. Bukan sahaja mampu membawa anda menikmati keindahan alam semulajadi dengan penuh gaya malah ia menawarkan pengalaman indah terutama kepada mereka yang pertama kali berkhemah.

Bagi menikmati alam secara maksima, pakej kombo iaitu Skytrex dan Skycamp dengan harga istimewa. Inilah masa anda mengadakan kelainan dalam mengadakan majlis seperti sambutan hari jadi, hari keluarga, reunion dan sebagainya. Skytrex sememangnya menjanjikan ketenangan dalan keriangan buat anda.