Universiti Geomatika Malaysia, Lahir Tenaga Profesional Pelbagai Bidang.

universiti geomatika
malaysia

Terletak di Setiawangsa Kuala Lumpur, Geomatika University College (GUC) telah ditubuhkan pada tahun 2002. Kini statusnya telah dinaik taraf menjadi universiti penuh daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan nama Universiti Geomatika Malaysia (UGM). Ia juga merupakan IPT yang dimiliki oleh 100 peratus bumiputera.

 

Dalam usaha memenuhi keperluan tenaga pakar dan terlatih negara, Universiti Geomatika Malaysia menawarkan lebih 40 program menarik. Bermula dari peringkat Diploma  sehingga Ijazah Kedoktoran dalam pelbagai bidang.  Antara yang menjadi pilihan ramai adalah program Pembantu Perubatan, Farmasi, Seni Bina, Rekaan Fesyen, Kecantikan, Ukur Tanah, Sains Komputer, Kreatif Multimedia, Kewartawanan, Seni Reka Bentuk Dalaman, Pengurusan Hartanah, Perniagaan dan banyak lagi. Setiap program yang ditawarkan telah mendapat kelulusan daripada Malaysian Qualifications Agency (MQA).

 

Lebih menarik lagi, Universiti Geomatika Malaysia juga menawarkan biasiswa untuk para pelajar. Setiap pelajar yang memohon perlu  memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan. Antara organisasi yang menawarkan biasiswa antaranya Yayasan Geomatika, Baitul Maryam dan Starway Education. Selain biasiswa, pelajar juga boleh memohon pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

 

Antara biasiswa lain yang ditawarkan adalah elaun sara diri, bantuan asrama, bantuan pengangkutan, tiket penerbangan untuk pelajar Sabah dan Sarawak, yuran pengajian serta yuran pendaftaran. Selain itu, Universiti Geomatika juga menyediakan fasiliti dan kelengkapan untuk sesi pembelajaran yang lengkap. “Pihak universiti mensasarkan  graduan Universiti Geomatika Malaysia berkualiti tinggi dan berdaya saing. Barulah boleh berjuang di zaman yang serba canggih dan moden ini. Universiti Geomatika Malaysia juga menawarkan peluang kerjaya yang luas untuk para graduan dengan berkolaborasi dengan industri di luar sana.”

 

Bagi anda yang berminat untuk menyambung pendidikan di Universiti Geomatika Malaysia, boleh terus melayari laman sesawang di https://www.geomatika.edu.my/study-at-guc/ atau boleh menghubungi Pegawai Pendaftaran di www.wasap.my/+60122426757/Dip .